Pengajian Eropah pada asasnya adalah bidang pengajian yang ditawarkan di kebanyakan kolej dan universiti di seluruh dunia. Pengajian ini memfokuskan Sejarah Tamadun Barat dan evolusi budaya Barat serta perkembangan terkini dalam Integrasi Eropah.
Sesetengah program menawarkan kurikulum sains sosial atau pentadbiran awam yang memberikan tumpuan kepada perkembangan khusus yang berlaku dalam Kesatuan Eropah (EU). Program ini selalunya termasuklah gabungan bidang sains politik, dasar awam di EU, sejarah Eropah, undang-undang Eropah, ekonomi dan sosiologi. Program seperti ini boleh juga didapati di Malaysia semasa aku belajar pasca siswazah di Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk di Pulau Pinang sekitar tahun 2010 hingga tahun 2013.
- Pengajian Diplomasi dan Antarabangsa (Kesatuan Eropah)
- Tinjauan mengenai Pengajian Eropah di Universiti Amsterdam
- Sejarah Kemunculan Kesatuan Eropah
- Hak Asasi Manusia di Eropah
- Hubungan Kesatuan Eropah dengan Malaysia
Bagi universiti lain pula, mereka mempunyai pendekatan kepada subjek Pengajian Eropah dengan tumpuan yang lebih meluas lagi termasuklah dari segi budaya Eropah, sastera Eropah dan bahasa Eropah. Contohnya adalah seperti pengajian yang berikut di mana pelajar boleh memilih dengan lebih terperinci lagi.
- Pengajian Tamadun Eropah
- Pengajian Belanda
- Pengajian Inggeris dan Empayar British
- Pengajian Jerman
- Pengajian Perancis
- Pengajian Portugis dan Lusitania
- Pengajian Sepanyol