Aku mendapati bahawa Hellenic Open University (HOU) atau Universiti Terbuka Hellenik mempunyai kursus yang berkaitan dengan ketamadunan purba dan semasa di benua Eropah sejak dari peringkat Ijazah Sarjana Muda lagi berbanding dengan di Malaysia kursusnya bermula di peringkat pasca siswazah serta terbatas kepada pengajian pentadbiran sahaja.
Rujukan lain boleh juga dibuat di Khan Academy atau Akademi Khan yang beribu pejabat di United Kingdom. Tetapi rujukan di situ lebih ringan dan sesuai untuk pelajar di sekolah menengah rendah dan atas.