Tinjauan mengenai Ijazah Sarjana Pengajian Eropah

Berdasarkan kepada laman sesawang berjudul, "European Studies" oleh Universiteit van Amsterdam (UvA), kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Eropah ini membawa pelajar menerokai dinamika Eropah menerusi kaca mata pelbagai disiplin pengajian serta mempelajari mengenai budaya, sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan aspek hubungan antarabangsanya.

Pelajar akan belajar melihat Eropah sebagai satu entiti politik dan budaya dengan sempadan yang berubah-ubah dan kabur di mana cabaran baru akan mendedahkan semula perbincangan lama mengenai kuasa, perwakilan dan kesaksamaan.

Bagi kes Pengajian Eropah di UvA, pelajar diberikan peluang memilih salah satu daripada enam major iaitu Kebudayaan Eropah, Pengajian Eropah Timur, Undang-Undang Eropah, Ekonomi Eropah atau Politik Eropah. Program pengajian ini turut dilengkapi dengan seni pemikiran kritis yang mana pelajar akan memahami cabaran yang dihadapi oleh Eropah pada masa kini. Mereka juga boleh mengaitkan politik, undang-undang dan ekonomi Eropah dengan perspektif sejarah, kebudayaan dan kesusasteraannya.

Jadi, adakah Pengajian Eropah ini bersesuaian dengan anda? Cuba lihat pada senarai semak yang berikut dan tandakan bagi meninjau sama ada anda memang berminat dan sesuai dengan program pengajian ini.

  • Berminat untuk mengetahui proses sejarah, buah fikiran dan ideologi pemikiran yang membentuk benua Eropah pada zaman moden.
  • Berasa selesa dengan dinamika dan persekitaran antarabangsa.
  • Bercita-cita membawa perubahan kepada dunia.
  • Berkeinginan untuk berfikir secara kritis mengenai bagaimana Eropah terbentuk di tempat asalnya dan di bahagian lain dalam dunia.
  • Berminat mempelajari dan memperkembang kemahiran bahasa asing. 

Dalam pada itu, Pengajian Eropah di UvA menawarkan kursus pengajian bahasa dari sejumlah 15 bahasa dunia seperti bahasa Arab, bahasa Itali atau bahasa Turki. Pelajar boleh memilih salah satu daripada bahasa yang dirasakan sesuai dan memperkembang kemahiran berbahasa mereka di samping menambah wawasan serta nilai apabila mereka keluar ke alam pekerjaan nanti.

Kursus Pengajian Eropah di UvA adalah program ijazah yang diakreditasi oleh Kerajaan Belanda. Pelajar yang menamatkan pengajian akan menerima Ijazah Sarjana dan gelaran Ijazah Sarjana Kesusasteraan (BA) dari universiti tersebut. Gambar hiasan di atas dikreditkan kepada laman sosial Instagram Sekolah Pengajian Perniagaan UvA yang bertarikh pada 23 Mac 2023.