Hak Asasi Manusia di Eropah

Hak asasi manusia di Eropah umumnya disanjungi oleh segenap lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat juga insiden pelanggaran hak asasi manusia melibatkan layanan kepada pemohon suaka politik sehingga ke keganasan polis berlaku di Eropah.

Laporan Tahunan Amnesty International pada tahun 2012 memaparkan isu hak asasi manusia yang berlaku di negara-negara Eropah. Salah satu negara Eropah yang dilaporkan mempunyai rekod hak asasi manusia terburuk sekali dalam kalangan negara anggota adalah Belarus. Majalah The Economist menyebut bahawa negara ini adalah satu-satunya negara yang masih mengamalkan sistem kerajaan autoritarian. Negara Eropah lain pula dianggap mempunyai "kerajaan demokratik" sama ada "demokrasi penuh", "demokrasi yang tidak sempurna" atau "rejim campuran". 

Dalam pada itu, tidak seperti negara anggotanya Kesatuan Eropah (EU) sebenarnya masih lagi tidak menyertai Konvensyen Hak Asasi Manusia sehingga tahun 2011.