Hubungan EU dan Malaysia

Malaysia adalah rakan import yang penting bagi EU. Di samping itu, Malaysia pula menjadi rakan dagang kedua terbesar bagi EU di rantau Asia Tenggara manakala EU pula adalah rakan dagang ketiga terbesar bagi Malaysia. Pada tahun 2020, EU telah mengimport produk berjumlah Euro 24.7 billion (RM116 billion) dari Malaysia dan mengeksport sejumlah Euro 10.5 billion (RM49.35 billion) ke Malaysia.

Hubungan antara EU dan Malaysia melampau hubungan dagang. Hal ini kerana EU turut menyokong pelbagai projek kerjasama yang bermanfaat kepada Malaysia dalam bidang seperti pengajian tinggi, hak asasi manusia dan perkembangan ekonomi mapan. Pihak berkuasa Malaysia dan badan masyarakat sivil (CSO) juga menerima dana kerjasama dari EU di bawah bermacam-macam program.

A. Hubungan Politik

Malaysia, merupakan salah satu ekonomi yang berkembang dengan kependudukan berjumlah 32 juta orang memainkan peranan penting dalam usaha EU untuk sampai ke seluruh dunia. Dengan kepelbagaian budaya, etnik dan agama, Malaysia menjadi cermin kepada kepelbagaian Eropah dan merupakan rakan yang baik di peringkat global.

Kerjasama dalam perdagangan dan ekonomi menjadi faktor utama yang mengeratkan lagi ikatan perhubungan antara EU dan Malaysia.

EU turut bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang di bawah Dasar Luar dan Keselamatan Bersama (CFSP) seperti keselamatan maritim, kawalan eksport dan risiko Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN).   

B. Hubungan Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan

EU mengutamakan promosi hubungan dagang dua hala dan pelaburan di Malaysia. EU membawa masuk kepakaran, pelaburan dan pengalaman amalinya ke Malaysia melalui Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (EuroCham) dan dewan perdagangan dan majlis perniagaan Negara Anggota EU yang terdapat di Malaysia. Hal ini membantu usaha Malaysia untuk berkembang menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebagai menambahkan lagi daya saing perdagangan Malaysia di EU dan di merata dunia, kerjasama perkembangan ekonomi ini ditumpukan kepada meningkatkan lagi piawaian dan amalan perniagaan. EU menjalankan aktivitinya dalam pelbagai sektor dari perkhidmatan alam sekitar, perikanan dan logistik sehinggalah kepada teknologi maklumat dan seterusnya. Kerjasama ekonomi juga dilaksanakan melalui kementerian dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perdagangan antarabangsa, pelaburan, kesihatan, persaingan dan dasar alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan laluan ke pasaran Eropah, sila klik di Access2Markets