Sejarah Kesatuan Eropah

Buah fikiran mengenai kewujudan Kesatuan Eropah atau European Union (EU) dalam bahasa Inggeris ini timbul selepas dua peperangan yang besar berlaku di Eropah. Negara-negara di Eropah melihat bahawa alangkah baiknya jika mereka bekerjasama berbanding dengan bercakaran sesama sendiri. Oleh itu, wujudlah kerjasama awal antara enam negara Eropah yang terdiri daripada Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Luxembourg dan Belanda.

Tidak lama selepas itu, lebih banyak lagi negara di Eropah menyertai enam negara awal ini lalu menimbulkan Kesatuan Eropah (EU). Sehingga tahun 2013, sebanyak 27 buah negara Eropah telah menyertai EU dari Austria sehingga ke Sweden. Namun, pada Jun 2016, United Kingdom mula berura-ura untuk berhenti menjadi sebahagian daripada EU.

Gambar di atas dipetik di laman sesawang Urus Setia Kesatuan Eropah (EU) berjudul, "History of the EU: Pioneers" yang diakses pada 20 Januari 2025. Kredit untuk gambar di atas haruslah diberikan kepada Kesatuan Eropah (EU). Sekian, terima kasih.