Khamis, 15 September 2022

Kajian DNA Dedah Sejarah Tersirat Tamadun dan Bahasa


Aku terbaca satu rencana berjudul "Massive study of ancient DNA reveals hidden history of civilisation and language" yang antaranya menyebut bahawa:

  • Benua yang merentang dari rantau Balkan sehingga ke Timur Tengah yang menghubungkan Eropah dengan Asia Barat. Rantau itu dikatakan mempengaruhi sejarah plat Eurasia.
  • Sehingga kini, para penyelidik terbatas kepada penemuan cari gali arkeologi dalam percubaan mereka untuk membentuk semula sejarah rantau itu dan evolusi bahasanya. Teknik baru membolehkan penyelidik menganalisis DNA purba untuk julung kalinya.
  • Data yang didedahkan oleh mereka itu menggambarkan sejarah genetik kawasan itu dan mendedahkan juga pergerakan populasi dari tempoh masa 10,000 tahun yang lampau. Ia mengandungi kejutan yang besar melibatkan teori mengenai asal-usul sesuatu bahasa.

Rencana ini turut menyebut mengenai kebudayaan Yamnaya yang didakwa merupakan induk kepada kebudayaan di Eropeah dan juga di dalam beberapa kebudayaan di rantau Asia Tengah.

Gambar dan sebahagian lagi sumber rujukan nota ini telah aku petik dari rencana berjudul, "How a handful of Yamnaya Culture nomads became the fathers of Europe" hasil nukilan Caleb Strom dari laman Ancient Origins terbitan 6 Jun 2019.