Yamanaya dan Orang Indo-Eropah

Sukar sekali jika tidak mustahil pun, dalam kebanyakan kes untuk menentukan bahasa yang dikaitkan dengan kebudayaan arkeologi. Kecuali jika ia mempunyai rekod bertulis yang boleh diterjemahkan dan dipelihara, bahasa pertuturan masyarakat purba langsung tidak meninggalkan sebarang jejak dalam rekod arkeologi.

Namun, terdapat cara untuk menentukan bahasa yang kemungkinan dituturkan oleh kebudayaan arkeolog. Penyebaran pengaruh genetik Yamnaya di seluruh Eropah dan Asia Tengah secara kasarnya sepadan dengan penyebaran bahasa Indo-Eropah.

Asal usul bahasa Indo-Eropah adalah bidang lain pula yang dipenuhi dengan kontroversi dan perdebatan. Dua pandangan utama menyebut bahawa:

  • Penutur bahasa Proto Indo-Eropah iaitu cikal bakal hipotesis bagi bahasa Indo-Eropah moden, ini terdiri daripada petani Anatolia yang berkembang keluar dari tanah air mereka sekitar tahun 7000 SM; atau
  • Penutur bahasa Proto Indo-Eropah ini adalah pengembala dari padang rumput Eurasia yang berkembang keluar dari tanah air mereka sekitar tahun 4000 SM.
Hipotesis kedua ini dikenali sebagai Hipotesis Kurgan yang terbit dari nama sejenis perkuburan yang digunakan oleh penduduk di rantau itu pada ketika itu. Kebudayaan Kurgan, termasuklah Yamnaya, mengebumikan mayat dalam kubur yang dilitupi oleh sebumbun tanah. Kebudayaan Kurgan ini difikirkan mewakili bukan satu saja migrasi, tetapi banyak penghijrahan di mana Yamnaya adalah yang terawal sekali daripadanya. Migrasi ini dipercayai berlaku sekitar tahun 4000 SM dan 1000 SM.

Penutur bahasa Proto Indo-Eropah ini adalah merupakan sebahagian daripada apa yang digelar oleh ahli linguistik dan arkeologi sebagai budaya Proto Indo-Eropah (PIE). Sehingga kini, budaya PIE adalah bersifat teori dan dicetuskan dari kesimpulan awal yang berdasarkan kepada pendedahan mengenai kehidupan masyarakat yang dicerminkan oleh perkataan Proto Indo-Eropah. Sebagai contoh, bahasa Proto Indo-Eropah mempunyai perkataan yang berkaitan dengan haiwan gembalaan seperti kambing biri-biri, kambing dan lembu. Ia juga mempunyai perkataan untuk barli dan gandum. Hal ini mencadangkan bahawa penutur bahasa ini telah terbiasa dengan haiwan dan tanaman ini serta mungkin bergantung hidup dengannya.

Salah satu cara untuk memeriksa silang perkaitan yang mungkin antara genetik dan lingustik yang berkemungkinan menghubungkan bahasa Yamnaya dan bahasa Indo-Eropah adalah dengan melihat kepada arkeologi Yamnaya sama ada ia sepadan dengan ramalan mengenai budaya PIE.

Budaya PIE sekurang-kurangnnya adalah separa menetap, menanam tanaman bijirin seperti barli atau gandum serta berkemungkinan hidup dalam struktur bangunan yang diperbuat dari sulaman kayu yang dilitupi oleh tanah liat. Walau bagaimanapun, pendasaran kepada ramalan budaya PIE boleh mengurangkan pengenalpastiannya kepada budaya Yamnaya.

Selain itu, umum diketahui bahawa budaya Yamnaya turut mengamalkan pertanian. Mereka mempunyai pendekatan yang kompleks untuk menyara kehidupan termasuklah bertani. Boleh jadi, sebaik sahaja mereka tiba di benua Eropah, mereka pun menetap dan mula mengamalkan pertanian dengan lebih giat berbanding sebelumnya.

Jika mereka mengamalkan pertanian dari kebudayaan tempatan yang bukan Indo-Eropah, kita pastinya boleh menjangkakan perkataan berkaitan dengan pertanian adalah perkataan pinjaman dan bukan dari leksikon asli Proto Indo-Eropah. Contohnya, kelihatan bahawa tiada perkataan PIE asal untuk "laut". Perkataan untuk lautan atau laut tidak konsisten merentasi sub-kumpulan bahasa Indo-Eropah dan dalam beberapa kes, nampaknya mungkin dipinjam dari bahasa bukan Indo-Eropah, seperti halnya dengan bahasa Yunani, "thalassa".

Sebagai alternatif, fakta bahawa terdapat perkataan PIE yang asal untuk barli tempatan dan gandum menunjukkan bahawa penutur bahasa Proto Indo-Eropah sudah terbiasa dengan pertanian apabila mereka terpecah menjadi kumpulan linguistik yang berbeza. Jika bukti arkeologi dibandingkan dengan ramalan tentang masyarakat PIE, bukti itu tidak dapat disimpulkan tetapi tidak bercanggah pula dengan hipotesis bahawa Yamnaya adalah budaya PIE yang misteri serta masih belum difahami sepenuhnya. Hal ini turut sepadan dengan penemuan bahawa penyebaran bahan genetik Yamnaya secara kasarnya berkaitan dengan pelebaran bahasa Indo-Eropah ke benua Eropah dan Asia Tengah.

Menurut hipotesis Kurgan, asal usul bahasa Indo-Eropah pada awalnya adalah kira-kira 1,000 tahun selepas perpindahan masyarakat Yamnaya dari tanah air mereka tetapi segalanya nampak seperti tidak secocok. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan yang sekonyong-konyongnya munasabah antara bahasa kebudayaan Yamnaya dengan bahasa Indo-Eropah walaupun ia mungkin tidak menjadikan masyarakat Yamnaya sebagai penutur adsal bahasa Proto Indo-Eropah.