Bukti Migrasi

 

Penyelidikan terbaru sejak bertahun-tahun mendedahkan bahawa kebanyakan penduduk di tengah dan utara Eropah serta beberapa kumpulan penduduk di Asia Tengah adalah berketurunan dari kebudayaan Yamnaya. Kelihatan juga, bermula pada 2,800 - 3,000 SM, penduduk kebudayaan Yamnaya telah keluar dari rantau yang kini terangkum dalam kawasan barat Rusia atau Ukraine dan bergerak ke lembangan di tengah benua Eropah.

Membuat susulan dari penyelidikan genetik manusia memudahkan lagi usaha untuk menjejaki migrasi manusia kerana populasi yang berbeza akan memaparkan ciri genetik yang boleh digunakan bagi menjejaki perjalanan migrasi manusia sejak zaman purba. Rantau Eurasia mempunyai ratusan genetik pelbagai bangsa manusia yang boleh dikaji bagi mendapatkan gambaran tentang migrasi lampau dalam populasi Eurasia. Lebih banyak genetik purba untuk mendapatkan turunan bermaksud lebih banyak lagi data dan keputusan yang dikeluarkan juga beresolusi tinggi.

Salah satu aspek penting dalam migrasi Yamnaya ini menonjolkan ciri yang konsisten iaitu kebanyakannya adalah lelaki. Bukti genetik mencadangkan bahawa kebanyakan lelaki Yamnaya berkahwin campur dengan wanita Eropah lalu melahirkan beberapa kelompok populasi Eropah yang moden terutamanya penduduk di bahagian tengah serta utara Eropah. Yamnaya juga muncul di sebalik kebudayaan tembikar bergaris yang dikenali sebagai Corded Ware Culture.

Penduduk Yamnaya telah melalui perjalanan yang jauh, boleh jadi kerana kuda, haiwan yang dijinakkan menjadi haiwan ternakan ketika itu. Kuda telah dijinakkan sejak sebelum 3,000 SM lagi di Asia Tengah. Salah satu bahan kebudayaan terawal yang dikaitkan dengan spesis kuda yang diternak adalah kebudayaan Botai. Penternakan kuda ini memberikan mobiliti iaitu kemudahan untuk kelompok nomad bergerak sekaligus membolehkan mereka berpindah dalam jarak yang jauh. Keadaan ini boleh diumpakan seperti mereka mendapat kereta secara tiba-tiba yang membolehkan mereka bermigrasi.

Dalam menyelidiki migrasi manusia, ahli sains tidak hanya menemui bukti migrasi manusia dalam pengajian genetik tetapi juga dalam migrasi penyakit. Ahli sains telah menjejaki penyebaran virus dalam populasi manusia. Salah satu contohnya adalah virus Hepatitis B (HBV).

Melalui penyiasatan genetik purba ini, ahli sains boleh menjejaki bagaimana virus tersebut mengikuti populasi manusia merentasi sejarah. Mereka turut menemui sekurang-kurangnya satu genom HBV. Populasi Yamnaya dan Eurasia purba yang lain telah membantu ahli sains memahami bukan sahaja sejarah manusia sebaliknya juga sejarah virus yang ada pada manusia.