Migrasi Genetik v. Migrasi Buah Fikiran

Salah satu punca utama kepada perdebatan berkenaan dengan asal-usul induk kepada kebudayaan Eropah moden adalah mengenai sama ada ia melibatkan pergerakan manusia yang sebenar atau hanya pertukaran buah fikiran sahaja. Sebelum kira-kira 9,000 SK, benua Eropah masih lagi berada dalam zaman Paleolitik. Ia dihuni oleh manusia purba yang memburu dan mengumpulkan hasil hutan, hidup dengan cara yang tidak berbeza sangat pun dengan cara kehidupan ketika mereka mula sampai pertama kalinya di benua Eropah lebih kurang 37,000 tahun yang lampau.

Walau bagaimanapun, bermula sekitar 9,000 SK pertanian dan kehidupan berkampung mula berkembang di seluruh Eropah dan menjelang 5,000 SK benua Eropah telah dihuni oleh petani Neolitik.Sekitar 5,000 SK atau 3,000 SM pula Zaman Gangsa mula tersebar ke seluruh Eropah, kemungkinannya dari padang rumput di plat Eurasia. 

Dari satu segi, perubahan ini berlaku disebabkan oleh jaringan perdagangan yang wujud di seluruh plat Eurasia. Penduduk di Eropah berhubungan dagang dengan penduduk di Timur Tengah dan padang rumput di Eurasia lalu menerima pakai teknologi serta cara kehidupan orang asing yang lebih maju daripada mereka.

Pendirian asal kebanyakan ahli arkeologi Eropah pula adalah pada peringkat yang kedua, sekurang-kurangnya, diwakili oleh satu penaklukan. Pada 3,000 SM, penggembala nomad dari padang rumput di Eurasia menggantikan dan bercampur dengan petani zaman Neolitik yang telah tinggal di Eropah kira-kira 4,000 tahun lebih awal.

Pandangan yang lebih terbaru lagi turut membahaskan bahawa populasi petani zaman Neolitik dari Anatolia (kini berada dalam Republik Turki) mula berkembang di seluruh Eropah kira-kira 7,000 SM tanpa percampuran yang banyak dengan pemburu dan pengumpul hasil hutan yang menjadi penduduk asli di situ. Pandangan ini mencadangkan bahawa kedua-dua hal ini boleh jadi disebabkan oleh migrasi manusia yang sebenar.

Walaupun banyak lagi persoalan yang belum terjawab, susulan dari genetik manusia purba yang mendedahkan bahawa kebudayaan ini berubah di Eropah adalah sebahagiannya disebabkan oleh migrasi manusia dari rantau lain ke situ. Migrasi lebih awal petani dari Anatolia berada di luar daripada sekop rencana yang telah aku baca namun penyelidikan terkini mencadangkan bahawa munculnya kebudayaan Zaman Gangsa di Eropah adalah disebabkan oleh pelebaran kebudayaan Yamnaya.