Sabtu, 12 Jun 2021

Kesatuan Eropah (EU)

Idea mengenai kewujudan Kesatuan Eropah (EU) muncul selepas dua peperangan yang besar berlaku di Eropah. Negara Eropah melihat bahawa adalah lebih baik mereka bekerjasama berbanding dengan bercakaran sesama sendiri. Pada awalnya, hanya enam negara sahaja yang bekerjasama sesama sendiri iaitu Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Luxembourg dan Belanda.

Tidak lama selepas itu, lebih banyak negara Eropah mula menyertai mereka dan menyebabkan munculnya European Union atau Kesatuan Eropah. Sehingga kini, sebanyak 27 buah negara Eropah menyertai EU dari Austria sehingga Sweden. Pada Jun 2016, United Kingdom mula berura-ura untuk berhenti menjadi sebahagian daripada EU.
Gambar hiasan aku dapati dari laman Commitment in CE Marking and Regulatory Affairs dan kredit untuk gambar berkenaan adalah kepunyaan laman yang disebutkan.
 
Rujukan
  • Overview, European Studies, University of Amsterdam