Keutamaan Eropah 2019-2024

Berikutan Pilihan Raya Eropah pada Mei 2019, EU telah menyusun beberapa keutamaan yang membentuk agenda politik dan dasar Eropah sehingga tahun 2024. Keutamaan ini mengutarakan cabaran utama yang dihadapi oleh Kesatuan Eropah (EU) dan warga EU itu sendiri.

Keutamaan ini diterbitkan dari dialog antara pemimpin EU, menteri negara anggota, institusi EU dan kumpulan politik yang dipilih ke Parlimen Eropah. Pada Jun 2019, pemimpin EU menggariskan keutamaan mereka dari tahun 2019 hingga tahun 2024. Hal ini menjadi aspirasi untuk keutamaan politik Suruhanjaya Eropah yang dilakarkan olehnya sebelum memegang jawatan selama lima penggal.

Agenda Strategik EU 2019 - 2024

Majlis Eropah menggariskan sebanyak empat (4) bidang keutamaan dalam agenda strategik 2019 hingga 2024 bagi menjadi petunjuk kepada kerja institusi EU dalam tempoh lima tahun ini. Bidang ini ditumpukan kepada tindak balas EU dalam menghadapi cabaran bersama dan meninjau peluang dari situasi global terkini. Melalui bidang tumpuan ini, maka EU akan dapat mengukuhkan peranannya dalam persekitaran yang mencabar pada hari ini. Selain itu, agenda strategik ini juga dirangka bagi mengenalpasti kaedah keutamaan ini disampaikan kepada pemegang taruhnya.

Maklumat berhubung dengan Agenda Strategik EU 2019 - 2024 boleh juga diakses di laman Majlis Eropah. Agenda strategik ini adalah langkah awal yang akan diambil oleh institusi EU serta negara anggotanya. Majlis Eropah akan membuat susulan berhubung dengan keutamaan ini dengan sebaiknya dan akan mendefinisikan arahan politik umum serta keutamaannya dengan lebih lanjut lagi.

Keutamaan Politik EU 2019 - 2024 

Selain itu, Suruhanjaya Eropah turut menggariskan sebanyak enam (6) keutamaan politik bagi tempoh perjawatan selama lima (5) tahun mandatnya. Hal ini diterbitkan dari Agenda Strategik EU yang dibincangkan antara kumpulan politik di Parlimen Eropah.
  • Kepentingan Eropah Hijau
  • Eropah di Zaman Digital
  • Ekonomi Sesuai untuk Semua
  • Eropah yang Kuat di Pentas Dunia
  • Promosi Cara Hidup Eropah
  • Dorongan Baru kepada Demokrasi Eropah
Keutamaan Politik EU 2019 ini boleh diakses dalam laman Suruhanjaya Eropah bertajuk Keeping Our Promise to Europe di bawah judul The European Commission's Priorities.