Promosi Cara Hidup Eropah

Menurut laman Suruhanjaya Eropah, Eropah yang melindungi warganya haruslah bangkit mempertahankan keadilan dan nilai asas Kesatuan Eropah (EU). Selanjutnya, ancaman kepada kedaulatan undang-undang memberikan cabaran kepada asas perundangan, politik dan ekonomi EU.

Presiden Von der Leyen dalam wawasannya menyebut bahawa kesaksamaan, toleransi dan keadilan sosial di Eropah haruslah dibina di atas kedaulatan undang-undang. Suruhajaya Eropah akan melancarkan Mekanisme Kedaulatan Undang-Undang Eropah yang akan memberikan laporan secara objektif setiap tahun mengenai situasi kedaulatan undang-undang di seluruh EU.

Selain itu, sempadan yang kukuh, permodenan sistem suaka EU dan kerjasama dengan negara rakan kongsi adalah penting bagi mencapai pemula untuk migrasi di rantau tersebut. Rujukan lanjutnya dalam bahasa Inggeris boleh diakses dalam Promoting Our European Way of Life: Protecting Our Citizens and Our Values melalui laman Suruhanjaya Eropah.