Eropah di Pentas Dunia

Kesatuan Eropah (EU) merangka dasar luar yang kukuh berdasarkan kepada dasar kejiranannya dengan 16 jiran terdekatnya di timur dan selatan serta perkongsian komprehensifnya dengan benua Afrika. Hal ini adalah antara cita-cita EU yang dimuatkan dalam agenda strategiknya.

EU berminat untuk mempromosikan hal-hal seperti berikut dalam dasar luar negaranya:

  • Keamanan Global
  • Kestabilan dan Demokrasi
  • Hak Asasi Manusia
Selain itu, EU juga ingin memastikan bahawa dasar perdagangan antarabangsanya diperkukuh selaras dengan multilateralisme dan didasarkan kepada undang-undang serta peraturan antarabangsa. EU berusaha memastikan tanggungjawab terhadap keselamatan serta pertahanan di samping bekerjasama rapat dengan Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO).