Bajet Kesatuan Eropah (EU) ialah alat pelaburan yang digunakan bagi menjamin masa hadapan Eropah. Bajet ini digunakan untuk membiayai program yang ditaja oleh EU seperti the European Regional Development Fund, the Cohesion Fund, Horizon Europe, dan Erasmus+ serta perbelanjaan lain di peringkat Eropah.
Bajet yang mewakili pelaburan EU ini mewakili kira-kira 2% daripada perbelanjaan awam. Ia bermatlamat untuk:
- melengkapkan bajet nasional negara anggotanya;
- melaksanakan keutamaan yang dipersetujui oleh semua negara anggota EU; dan
- menambah nilai kepada negara anggota EU melalui tindakan sokongan selaras dengan principle of subsidiarity and proportionality atau prinsip penurunan dan berkadaran yang mana ia lebih berkesan berbanding tindakan yang diambil di peringkat negara anggota, serantau atau tempatan.
Bagi memahami prinsip memberi bajet dalam Kesatuan Eropah dengan lebih lanjut, sila akses maklumat seperti berikut untuk keterangan yang lebih panjang.
Maklumat lanjut berkenaan dengan Bajet EU boleh diperolehi dari laman web EU Parliament di bawah tajuk Economy and Budget.