Bajet EU diterima pakai melalui prosedur bajet oleh Parlimen Eropah dan Council of the European Union atau Majlis Kesatuan Eropah. Bajet EU haruslah berada dalam had yang ditetapkan dalam Multiannual Financial Framework (MFF) dan Puncak Sumbernya sendiri. MFF ini adalah bajet jangka panjang EU. Ia ditetapkan dalam tempoh antara lima (5) ke tujuh (7) tahun. Mohon buat rujukan lanjut di Wikipedia dahulu.
Penerimaan
Suruhanjaya Eropah menyerahkan deraf bajet tidak lewat daripada 1 September setiap tahun. Majlis Kesatuan Eropah (EU) menerima pakai pendiriannya tidak lewat dari 1 Oktober setiap tahun. Jika Parlimen Eropah mungkin menerima pendirian Majlis atau gagal memberikan sebarang keputuasan dalam 42 hari, namun bajet akan tetap diterima pakai. Jika Parlimen menerima pendiriannya, maka Conciliation Committee atau Jawatankuasa Perdamaian diberikan masa selama 21 hari untuk menerima pakai tels bersama jika jawatankuasa gagal untuk menerima pakai teks bersama atau teks bersama tidak diterima pakai dalam masa 14 hari oleh Majlis dan prosedur bajet Parlimen haruslah dimulakan sekali lagi.
Pelaksanaan
Suruhanjaya Eropah, dengan kerjasama negara anggota, bertanggungjawab dalam pelaksanaan Bajet EU mengikut lunas Peraturan Kewangan. Bajet EU dilaksanakan mengikut prinsip kesatuan dan kejituan bajet, tahunan, seimbang, unit akaun, kesejagatan, pengkhususan, pengurusan kewangan yang jelas dan prestasi dan ketelusan.
Program EU dilaksanakan dalam tiga cara seperti berikut:
- pengurusan terus iaitu program dilaksanakan oleh Suruhanjaya sendiri atau menerusi agensi pelaksananya;
- pengurusan tidak terus iaitu menerusi pihak ketiga seperti organisasi antarabangsa dan memantau pelaksanaannya; atau
- pengurusan bersama yang mana pihak berkuasa negara anggota akan memantau pelaksanaannya.
Suruhanjaya akan melaporkan mengenai kaedah pelaksanaan bajetnya dengan pelbagai cara. Utama sekali, Suruhanjaya akan menerbitkan Integrated Financial Reporting Package atau Pakej Pelaporan Kewangan Bersepadu yang mengandungi akaun tahunan, Pengurusan Tahunan dan Laporan Prestasi serta laporan akauntabiliti.
Prosedur pelepasan tahunan membolehkan Parlimen Eropah dan Majlis mempertanggungjawab Suruhanjaya secara politik bagi pelaksanaan bajet EU. Parlimen Eropah menentukan, selepas satu syor dari Majlis, mengenai sama ada pengesahan terakhir akan diberikan. Hal ini disebut sebagai, 'penganugerahan pelepasan', bagi membolehkan Suurhanjaya melaksanakan bajet EU pada tahun yang diberikan itu. Selepas penganugerahan diberikan maka penutupan akaun secara rasmi institusi pada tahun itu pun akan dibuat.
Apabila membuat keputusan sama ada menganugerahkan, menangguhkan atau melepaskan, maka Parlimen akan mempertimbang supaya Pakej Pelaporan Kewangan Bersepadu mengenai bagaimana bajet tersebut dibelanjakan disediakan oleh Suruhanjaya bersama dengan Laporan Tahunan Mahkamah Auditor Eropah serta sebarang Laporan Khas yang berkaitan dari Mahkamah Auditor. Lebih khusus lagi, setiap tahun Mahkamah Auditor Eropah, yang menjadi auditor luaran yang bebas bagi EU akan menyemak kesahihan akaun, sama ada semua hasil telah diterima dan semua perbelanjaan itu ditanggung mengikut lunas undang-undang serta mengikut prosedur. Selain itu, Mahkamah Auditor Eropah juga akan menyemak sama ada pengurusan kewangan bagi bajet dilaksanakan dengan sepatutnya.
Mahkamah Audtor Eropah juga meluluskan akaun EU setiap tahun sejak tahun 2007. Pada Oktober 2018, Mahkamah Auditor Eropah mengeluarkan kertas kabinet yang menunjukkan bahawa akaun tahunan EU berada dalam keadaan 'bersih' untuk tahun yang ke-11 berturut-turut dan memberikan ulasan bahawa ia adalah benar dan saksama.
Mahkamah juga untuk tahun yang kedua berturut-turut memberikan ulasan 'berkelayakan' untuk pembayaran yang dibuat pada tahun 2017. Laporan seterusnya menunjukkan kemajuan langsung dari segi pematuhan dan prestasi, serta mengesahkan bahawa Suruhanjaya berada di landasan yang betul. Dalam pada itu, pandangan mengenai 'bersih' itu membawa maksud bahawa angka dalam akaun bajet yang dibelanjakan itu adalah benar dan seimbang. Manakala, ulasan 'berkelayakan' bermaksud bahawa terdapat beberapa isu kecil yang masih perlu dibetulkan. Jika negara anggota atau penerima akhir didapati membelanjakan wang EU secara tidak benar, maka Suruhanjaya akan mengambil tindakan pembetulan terhadap hal tersebut. Pada tahun 2017, Suruhanjaya memulangkan semula sebanyak 2.6 bilion euro yang bersamaan dengan 2.1% ke dalam akaun Bajet EU.
Oleh itu, amaun sebenar yang berisiko berada di bawah paras bahaya sebaik sahaja pembetulan dan pemulangan dibuat. Sebanyak 2% daripada sebarang bajet awam dikira sebagai sangat tinggi maka ulasan berkelayakan pun diberikan.