Pengenalan Bajet EU

Kesatuan Eropah (EU) mempunyai bajet jangka panjang berjumlah 1,082.5 bilion euro untuk jangka masa tahun 2014 hingga tahun 2020. Jumlah itu mewakili 1.02% Pendapatan Kasar EU pada tahun 2028 dan daripada sejumlah 1,074.3 bilion untuk jangka masa tahun 2021 hingga 2027. Bajet jangka panjang yang juga digelar sebagai Multiannual Financial Framework atau dalam bahasa Melayunya, Rangka Kerja Kewangan Tahun demi Tahun, merupakan pelan perbelanjaan untuk jangka masa selama tujuh tahun. Hal ini membolehkan EU merancangan serta melabur untuk projek jangka panjangnya.

Pada awalnya, bajet EU digunakan untuk membiayai pertanian. Pada tahun 1980an dan 1990an, negara anggota dan Parlimen Eropah memperluas lagi cakupan kecekapan EU melalui perubahan dalam triti pengasasan EU. Mengenal pasti keperluan untuk menyokong pasaran tunggal, EU meningkatkan lagi sumber yang sedia ada menerusi Dana Berstruktur bagi menyokong ekonomi, perpaduan sosial dan negara anggota. Selaras dengan itu juga, EU mempertingkat peranannya dalam bidang seperti pengangkutan, angkasa, kesihatan, pendidikan dan kebudayaan, perlindungan pengguna, persekitaran, penyelidikan, kerjasama keadilan dan dasar luar.

Sejak tahun 2000, bajet EU telah disesuaikan dengan kenaikan 13 negara anggota baru yang mempunyai situasi sosio ekonomi yang rencam. Strategi EU yang seterusnya menyokong peluang pekerjaan, pertumbuhan dan mempertingkat lagi tindakan supaya generasi muda menambah nilai diri untuk persediaan dalam alam pekerjaan menerusi Youth Employment Initiative atau Inisiatif Peluang Pekerjaan Belia dan Erasmus+. Pada tahun 2015, EU telah membangunkan European Fund for Strategic Investments (EFSI) atau Tabung Eropah untuk Pelaburan Strategik yang digelar juga sebagai "Juncker Plan" bagi memperkukuh lagi pelaburan di EU.

Saham terbesar EU dari bajetnya iaitu sekitar 70% bagi tempoh tahun 2014 hingga tahun 2020 banyak dialirkan ke pertanian dan pembangunan rantau. Dari tahun 2014 hingga tahun 2020, saham EU dalam perbelanjaan dalam perladangan ditetapkan sebanyak 39%.

Pada tahun 1985, sebanyak 70% dibelanjakan untuk perladangan. Perladangan secara relatifnya mempunyai bahagian terbesar dalam bajet EU kerana ia satu-satunya dasar yang dibiayai sepenuhnya dari bajet bersama. Hal ini bermaksud, perbelanjaan EU membiayai perladangan di negara anggota melebihi perbelanjaan negara anggota itu sendiri bagi perladangan di rantau negara itu.

Saham EU yang kedua pula dibelanjakan untuk pembangunan serantau. Pelaburan tersebut membentuk 34% jumlah bagi tempoh tahun 2014 hingga tahun 2020. Dana EU untuk pembangunan serantau dan sosial adalah sumber utama untuk projek pelaburan penting di EU. Dalam sesetengah negara EU yang mempunyai sumber yang terhad, pembiayaan Eropah membiayai sebanyak 80% pelaburan awam di situ. Walau bagaimanapun, perbelanjaan serantau EU bukan sahaja membantu rantau yang lebih miskin namun ia turut menjadi pelaburan di negara Eropah yang menyokong ekonomi EU secara keseluruhannya.

Sebanyak 6% daripada bajet EU dibelanjakan untuk pentadbiran di semua institusi Eropah, termasuklah gaji kakitangan, pencen, bangunan, teknologi maklumat, program latihan, terjemahan dan mengoperasikan sistem Sekolah Eropah yang menyokong pendidikan anak-anak kakitangan EU.