Negara Yunani

 

Negara Yunani disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Greece atau Ellada dalam bahasa Yunani sendiri adalah merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Tenggara. Populasinya berjumlah kira-kira 10.7 juta orang pada tahun 2018. Athens menjadi ibu kota terbesarnya diikuti oleh Thessaloniki. Ia terletak di hujung selatan rantau Balkan. Selain itu, Yunani terletak di persimpangan jalan Eropah, Asia dan Afrika.

Yunani berkongsi sempadan dengan Albania di barat daya, Utara Mecedonia dan Bulgaria di utara dan Turki di timur laut. Laut Aegean terbentang di timur tanah besar Yunani, Laut Yunani ke sebelah barat, Lembangan Mediteranean dan garisan pantai yang ke-11 terpanjang di dunia iaitu 13,676 km (8,498 batu nautika) dengan pulau yang banyak dengan 227 daripadanya tidak berpenghuni. Sebanyak 80 peratus daripada rantau Yunani itu bergunung-ganang dengan Gunung Olympus menjadi puncak tertinggi iaitu pada ketinggian 2,818 meter atau 9,573 kaki dari aras laut. Benua Yunani secara tradisinya meliputi rantau muka bumi di Macedonia, Yunani Tengah, Peloponnese, Thessaly, Epirus, Kepulauan Aegean (termasuklah Dodecanese dan Cyclades), Thrace, Crete dan Kepulauan Yunani.

Yunani dianggap sebagai pusat pertembungan ketamadunan Barat, tempat lahirnya demokrasi, falsafah Barat, kesusasteraan Barat, pensejarahan, sains politik, ilmu saintifik utama, prinsip matematik, drama Barat dan Sukan Olimpik. Dari abad kelapan sebelum masihi lagi, orang Yunani telah mengadakan pusat pemerintahan bebas yang digelar sebagai negara-kota atau poleis yang merentasi Laut Mediteranea dan Laut Hitam. Philip II dari Macedon menyatukan kebanyakan rantau Yunani pada zaman moden ini semasa abad keempat sebelum masehi bersama anakanda baginda, Alexander the Great. Alexander menakluki kebanyakan rantau dalam dunia purba, dari timur Mediteranea sehinggalah ke benua kecil India.

Zaman Hellenistic seterusnya menyaksikan kebudayaan Yunani mencapai kemuncak tinggi dan mempengaruhi dunia pada zaman purba. Yunani kemudian ditakluki oleh Romawi pada abad kedua sebelum masehi dan menjadi sebahagian daripada empayar Romawi serta penerusnya iaitu empayar Byzantium yang secara kebudayaan mengikut kebudayaan Yunani dan dari segi bahasanya menggunakan bahasa Yunani. Gereja Ortodoks Yunani yang muncul pada abad pertama masehi membantu membentuk jatidiri Yunani moden dan memindahkan tradisi Yunani ke dunia Ortodoks yang lebih luas lagi. Selepas kejatuhan Byzantium ke tangan empayar Osmaniah pada pertengahan abad ke-15 masihi, Yunani muncul menjadi sebuah negara bangsa yang moden pada tahun 1830 berikutan perang merebut kemerdekaan. Warisan sejarah negara tersebut yang kaya dibayangkan dalam 18 Tapak Warisan UNESCO yang terdapat di seluruh negara itu.

Negara Yunani kini adalah sebuah republik dengan parlimen kesatuan dan merupakan sebuah negara yang maju dengan ekonomi tinggi, kualiti kehidupan tinggi serta disenaraikan serentak dalam Indeks Pembangunan Manusia. Ekonomi negara ini adalah yang terbesar di Balkan dan ia menjadi salah satu pelabur serantau. Sebagai sebuah negara yang terlibat dalam pengasasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Yunani menjadi ahli yang kesepuluh menyertai Komuniti Eropah (kini Kesatuan Eropah) dan menjadi sebahagian daripada Eurozone sejak tahun 2001. Yunani menjadi ahli dalam pelbagai institusi antarabangsa termasuklah Council of Europe, North Atlantic Treaty Organization (NATO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), dan Organisation internationale de la Francophonie (OIF). Warisan kebudayaa Yunani yang istimewa, industri pelancongan, sektor perkapalan yang terkenal dan kepentingan geostrategik menyebabkannya dikelaskan sebagai salah satu daripada kuasa pertengahan.