Nama asal bagi negara Greek Moden ialah Elláda. Bentuk selari dalam bahasa Greek Purba dan bahasa Greek Moden rasmi (Katharevousa) adalah Hellás. Nama ini menjadi sumber alternatif bagi panggilan lain untuk Greece dalam bahasa Inggeris. Ia ditemui dalam konteks puisi atau purba kesusasteraan.
Bentuk adjektif, ellinikos, kadang kala diterjemahkan sebagai hellenik dan selalunya dikekalkan dalam bentuk ini dalam nama institusi Greek yang rasmi, dalam nama rasmi negara Greek iaitu Eliniki Dimokratia atau Republik Hellenik.
Perkataan Greece dan Greek dalam bahasa Inggeris diterbitkan melalui perkataan bahasa Latin iaitu Graecia dan Graecus, dari Graikoi atau Graeci dalam bahasa Latin. Graikoi ini adalah antara puak Greek terawal yang membina penempatan di Magna Graecia di selatan Itali.