Kursus Bahasa Yunani

Kursus ini dibuka untuk memberikan sedikit gambaran dan maklumat tentang bahasa Yunani yang terkenal dalam kalangan orang Melayu yang mempelajari ilmu sains dan teknologi. Semasa aku kanak-kanak dan awal remaja dahulu aku sering mendengar pelajar-pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang agak Islamik menyebut mengenai sumbangan ahli sains atau ahli fikir Islam dalam bidang teknologi seperti perubatan. Banyak dari istilah dalam teknologi perubatan itu yang kemudian merebak ke Barat turut menggunakan bahasa Yunani atau bahasa Greek. Jadi, usaha aku ini adalah supaya aku dapat memerhatikan jaluran pemikiran mereka dan mengelakkan kanak-kanak pada zaman moden ini berasa rendah diri lagi dengan rakan-rakan mereka hanya kerana mereka tidak belajar sesuatu bidang yang kelihatan popular.