Warga Kesatuan Eropah (EU) menikmati perlindungan dan kebebasan dalam pelbagai segi termasuklah secara peribadi, sivil, politik, ekonomi dan hak sosial, perlindungan data peribadi, undang-undang anti-diskriminasi serta pergerakan melampaui sempadan dalam negara anggota EU.
Setiap warga EU berhak menikmati hak asasi yang sama berdasarkan kepada prinsip kesaksamaan, tiada diskriminasi, keterangkuman, maruah sebagai manusia, kebebasan dan demokrasi. Nilai dan prinsip ini diperkukuh dan dilindungi oleh kedaulatan undang-undang yang didokumenkan dalam Perjanjian EU serta Charter of Fundamental Rights atau Piagam Hak Asasi. Warga EU bebas hidup, bekerja, belajar dan berkahwin dengan sesama warga dari negara anggota EU.
Mihon disambung dengan rujukan asal. Terima kasih.