Piagam Hak Asasi Warga EU

Charter of Fundamental Rights of the European Union (CFR) atau Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah mengandungi hak politik, sosial dan ekonomi tertentu warga EU dan penduduk di dalamnya di sisi undang-undang EU. Ia dideraf dalam Konvensyen Eropah dan diperisytiharkan secara rasmi pada 7 Disember 2000 oleh Parlimen Eropah, Majlis Jemaah Menteri dan Suruhanjaya Eropah. Walau bagaimanapun, status perundangannya hanya disahkan selepas Triti Lisbon dimeterai pada 1 Disember 2009.

CFR membentuk beberapa bahagian utama daripada dasar kebebasan, keselamatan dan keadilan (AFSJ) di EU. Ia terpakai di semua badan EU dan Euratom yang mana semua institusi ini haruslah bertindak serta membuat perundangan mengikut peruntukannya. Mahkamah EU akan membatalkan sebarang perundangan EU atau peraturan yang dinilai tidak menepati CFR.

Selain itu, negara anggota EU juga tertakluk kepada CFR apabila terlibat dalam pelaksanaan undang-undang EU. Walau bagaimanapun, Poland dikurniakan keistimewaan untuk memilih keluar secara separa daripada pelaksanaan CFR walaupun mengambil bahagian di dalamnya. Berbeza pula dengan Denmark dan Ireland yang menerima pakai CFR secara sepenuhnya walaupun dibenarkan untuk keluar secara umum atau separa dari CFR.

EU berusaha untuk meningkatkan profil CFR ini supaya lebih ramai warga EU menyedari hak mengenai hak mereka di sisi undang-undang. Sebagai contoh, EU Fundamental Rights Agency (FRA) atau Agensi Hak Asasi EU telah memuat naik teks CFR dan maklumat yang berkaitan dalam semua bahasa EU di perisian iOs dan Android yang mengandungi teks dari CFR dalam semua bahasa EU. EU juga turut menerbitkan CFR versi ringkas dalam semua bahasa EU supaya semua warga dapat mengakses kandungannya dengan mudah.

  • Latar Belakang CFR
  • Status Perundangan
  • Kandungan CFR

Pada tahun 2010, FRA mengeluarkan tender bagi penyair di EU supaya mereka menjadikan CFR sebagai satu puisi epik yang berdurasi 80 minit dengan iringan elemen muzik, tarian dan multimedia. Usaha ini diambil bagi meningkatkan lagi kesedaran dan meringkaskan teks perundangan ke dalam versi yang mudah difahami oleh orang awam. Walau bagaimanapun, Viviane Reding, Pesuruhjaya Eropah untuk Keadilan, Kebebasan dan Keselamatan mengutuskan surat kepada Pengarah FRA pada ketika itu telah mengkritik idea tersebut kerana kosnya yang mahal serta dasar maruahnya yang tidak bersesuaian dengan teks perundangan. Beliau mengarahkan Pengarah FRA supaya membatalkan projek tersebut dengan serta merta! 

Terokai CFR dengan lebih lanjut lagi dalam EU Charter of Fundamental Rights di laman Suruhanjaya Eropah. 

(Mohon cari rujukan dengan panduan di ensiklopedia atas talian, Wikpedia.)