Zaman klasik lama dikenali juga sebagai era klasik, zaman klasik, abad klasik atau zaman purba adalah zaman sejarah Eropah antara abad ke-8 SM sehingga abad ke-5 M. Zaman ini mengandungi dua tamadun yang saling berkait iaitu Greece purba dan Romawi purba yang disebut juga sebagai dunia Greco-Roman. Pada zaman ini, Eropah berpusat di Lembangan Mediteranea. Ia merupakan zaman yang mana Greece purba dan Romawi purba berkembang subur serta memberikan pengaruh yang besar di hampir keseluruhan Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat.
- Pengenalan tentang Zaman Klasik Lama Eropah
- Sejarah Zaman Klasik Lama di Eropah
Bagi mendapatkan cadangan bahan rujukan bagi tugasan, sila akses laman sesawang ensiklopedia Wikipedia berjudul, "Classical Antiquity" dalam bahasa Inggeris.