Romulus dan Remus

A. Lagenda Romulus dan Remus

Lagenda menyebut bahawa Ascanio, anak kepada Aeneas, perwira Trojan (anak kepada Venus dan Anchises) membangunkan kota Alba Longa di tebing kanan Sungai Tiber. Keturunan Aeneas bertakhta dalam penempatan ini dengan amannya. Apabila Nimitor bertakhta, adindanya Amulius merampas kuasa dan menggulingkan Nimitor. Putera kepada Nimitor dibunuh dan puterinya bernama Rhea Silvia pula dipaksa menjadi perawan penjaga kuil bagi mengelakkannya melahirkan pewaris lelaki bagi takhta kerajaan.

Walau bagaimanapun, Rhea Silvia tetap melahirkan anak kembar bernama Romulus dan Remus. Ayahanda kepada kedua-dua tokoh itu difikirkan adalah dewa Marikh, dewata peperangan. Amulius memenjarakan Rhea Silvia dan menghukum supaya bayi berdua itu dibunuh dengan direndam dalam air di Sungai Tiber. Namun, hamba yang ditugaskan merendam mereka di sungai itu berasa kasihan lalu meletakkan mereka dalam bakul lalu dihanyutkan mereka mengikut arus Sungai Tiber. Mereka pun selamat dialirkan ke kawasan tujuh pergunungan.

Romulus dan Remus ditemui oleh seekor serigala betina bernama Lupa. Lupa menjaga mereka di sarangnya di Gunung Palatine sehingga mereka ditemui oleh seorang pengembala dan isterinya. Kedua-dua mereka pun diambil dan dipelihara oleh pengembala. Romulus dan Remus membesar dengan bakat kepimpinan. Mereka kembali ke Alba Longa dan memerangi Amulius. Seterusnya Amulius terbunuh dan raja Nimitor dinaikkan semula ke takhta. Romulus kemudian membangunkan kota di sekitar Gunung Palatine. Di situlah bermulanya kota Roma.

Ketika merayau mencari tempat sesuai membina kota baru, kedua-dua kembar itu melalui tujuh pergunungan iaitu Aventine, Celio, Capitol, Esquiline, Palatine, Quirinal dan Viminal. Remus berhasrat memulakan kotanya di Gunung Aventine, sedangkan Romulus ingin membangunkan kota di Gunung Palatine. Dalam usaha menentukan bahawa tindakan yang mereka ambil itu adalah benar, maka mereka pun menjalankan tenungan di mana burung-burung menjadi penanda kepada kehendak dewata. Remus mendakwa bahawa beliau melihat enam ekor burung manakala adiknya melihat 12 ekor burung. Walaupun Romulus melihat lebih banyak burung namun Remus membahaskan bahawa dia yang nampak burung dahulu. Oleh itu, keputusan mereka adalah membina kota di Gunung Aventine. Dalam pada itu, Romulus mula membangunkan tembok di sekeliling gunungnya. Remus mengambil keputusan untuk merampas kota adiknya menyebabkan Romulus marah. Romulus pun membunuh Remus. Menurut lagenda, kejadian ini berlaku pada tahun 754 SM.

B. Lagenda Aeneas

Menurut lagenda lain, Aeneas, putera kepada Trojan tiba di pantai Itali dan berkahwin dengan Lavinia, puteri kepada Raja Latinus lalu diangkat menjadi raja.

Mitos ini bukan sahaja diceritakan oleh sejarawan Greek, tetapi juga dipertahankan di Itali berbanding dengan lagenda lain yang memberikan asal-usul Arcadian kepada kota Roma di mana ia berkaitan dengan mitos Evandro atau Achean, berkaitan pula dengan Odysseus atau Ulysses. Mitos Aeneas ini memberikan dasar yang suci serta Greek pula kepada kota Roma.

Namun, sedih sekali kerana lagenda Aeneas ini adalah mustahil kerana kota Troy sebenarnya telah pun dimusnahkan pada tahun 1200 SM.