Proses Pembentukan Keutamaan Eropah

Keutamaan yang dipersetujui oleh pemimpin negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu akan membentuk agenda strategik yang akan menjadi panduan pelaksanaan keutamaan bagi institusi EU. Agenda strategik ini turut menjadi panduan kepada Suruhanjaya Eropah dari segi:

  • Menetapkan keutamaan politiknya dalam tempoh penggal perkhidmatannya seperti yang ditetapkan dalam panduan politik; dan
  • Mengenalpasti dasar utama secara umum serta langkah yang ingin diikuti oleh Suruhanjaya bagi memastikan matlamat politiknya tercapai.  

Agenda strategik ini dilaksanakan secara bersama oleh institusi EU dan negara anggota EU.

Sebaik sahaja keutamaan Suruhanjaya ini dipersetujui oleh calon Presiden maka ia akan melalui proses seperti berikut:

  • Dibentangkan di Parlimen Eropah (dalam bentuk sidang plenari); dan
  • Diubah ke bentuk kenyataan misi bagi setiap calon Pesuruhjaya serta dibentangkan kepada Jawatankuasa Parlimen yang relevan.
Panduan politik ini menjadi sebahagian daripada asas dalam program kerja tahunan Suruhanjaya. Selanjutnya, menjadi inisiatif yang menyampaikan keutamaan ini kepada pemegang taruh dalam tempoh 12 bulan berikutnya.

Penyediaan program kerja dimulakan dengan Annual State of the Union Clause atau Kemasukan ke Klausa Tahunan Kesatuan dan diikuti oleh Letter of Intent atau Surat Penyataan Niat. Keadaan ini seterusnya memulakan perbincangan keliling mengenai keutamaan pada tahun hadapan dalam Parlimen dan Majlis EU. Dalam pada itu, Suruhanjaya juga akan mendengar pandangan dari Jawatankuasa Rantau Eropah serta Jawatankuasa Ekonomi dan Sosial Eropah.

Sebaik sahaja program kerja Suruhanjaya diterima pakai, maka Suruhanjaya, Parlimen dan Majlis EU akan mengeluarkan perisytiharan keutamaan EU bagi membolehkan tindakan pantas diambil serta memastikan bahawa fokus politik diberikan kepada keutamaan-keutamaan yang dipersetujui itu.

Bagi memastikan terdapat perancangan jangka panjang, tiga institusi EU pertama kalinya telah menerima pakai kesimpulan bersama mengenai matlamat dasar dan keutamaan bagi seluruh pusingan legaislatif pada tahun 2020. Hal ini masih lagi berlangsung sehingga tahun 2024.

Selain daripada keutamaan seperti yang disebutkan di atas, institusi EU yang lain pun turut mempunyai keutamaannya yang tersendiri bagi mencerminkan pandangan masing-masing.      

Rujukan berkenaan hal seperti di atas boleh didapati dalam laman web EU berjudul EU Priorities dalam bahasa Inggeris