Pengenalan Bahasa Latin

A. Kursus Mati

Mungkin nampak pelik apabila didapati bahawa bahasa Latin masih lagi hidup dengan baik di awal abad ke-21 masihi. Namun, begitulah ia menjadi salah satu hidupan semulajadi yang masih utuh. Kenapa sedemikian? Kerana di sebalik kursus ini terdapat kesusasteraan yang penuh dengan perkara yang baik, dengan kehidupan yang baik, dengan kehidupan yang rendah dan kebanyakannya adalah menyentuh kehidupan. Kita hanya perlu membacanya sahaja ...

B. Paulus dan Lucia

Kisah ini adalah kerajang untuk tatabahasa dan latihan. Ia ditetapkan berlaku di sebuah biara di Eropah utara sekitar abad ke-9 masihi. Terjemahan dalam bahasa Inggeris kisah bahasa Latin ini boleh didapati dari LATIN QVARTER (www.lingua.co.uk).

C. Bahasa Latin Hidup

Mengumpulkan semua maklumat mengenai perkataan dan penghujung adalah perlu namun kadangkala ia mengambil masa dan perlahan pula. Bahagian ini menawarkan peluang untuk mendengar beberapa petikan dari bahasa Latin yang tulen. Kita tidak perlu mempelajari semua butiran untuk menempa kemajuan pun. Semuanya ini disertakan bagi memberikan kita sedikit buah fikiran mengenai perkara yang kita boleh nikmati sebaik sahaja kita menguasai bahasa Latin.

D. Rakaman

Rakaman kisah dan seksyen Bahasa Latin Hidup tidak disertakan dalam buku Beginner's Latin: An Easy Introduction oleh G.D.A Sharpley, UK yang aku telah beli dari kedai buku di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada tahun 2010 atau 2011. Namun, hal ini tidaklah penting hanya ia sekadar bantuan untuk kita menikmati puisi serta memberikan sedikit gambaran mengenai bagaimanakah bunyi bahasa Latin di telinga kita.

E. Sebutan Bahasa Latin Klasik

Kisah Lucia dan Paulus, walaupun ditetapkan pada zaman yang lewat namun diceritakan mengikut garis panduan sebutan bahasa Latin klasik. Sebutannya boleh dibahagikan seperti berikut:

  • Vokal - a, e, i, o, dan u
  • Diftong - ae, au, ei, eu, dan oe
  • Konsonan tiada hembusan - c, g, dan qu 
  • Konsonan hembusan tidak berbunyi - ph, dan th
  • Konsonan sengau: gn dan ng
  • Konsonan separa vokal: j, r, s, y, dan v
Pada pandangan aku, bunyi ejaan bahasa Latin tidak berbeza sangat dengan bunyi ejaan bahasa Melayu moden yang baku dalam tulisan Romawi jika dibandingkan dengan bunyi ejaan dalam bahasa Inggeris.


Video di atas boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan untuk bunyi bahasa Latin dalam nota aku. Judul video di atas adalah "What Latin sounded like: and how we know?" oleh NativLang yang dimuatnaik di arkib media Youtube pada 13 Ogos 2016. Selain itu, boleh juga merujuk kepada bahagian "Speaking as the Romans did" (ms. 24) dalam siri Teach Yourself Books berjudul Beginner's Latin: An Easy Introduction oleh G.D.A Sharpley, UK atau Vox Latina oleh W. Sidney Allen, CUP.