Majoriti seramai 705 Ahli Parlimen Eropah adalah juga merupakan ahli kepada salah satu daripada tujuh kumpulan politik yang disusun sebagai parti politik berbanding dengan mengikut kerakyatan mereka.
Setiap kumpulan politik itu menggariskan keutamaan mereka sendiri yang mencerminkan isu yang dilihat sebagai kritikal oleh pengundi mereka. Sebelum setiap undi diberikan di sidang plenari, kumpulan politik akan menyemak laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa parlimen dan membentangkan pindaan kepada mereka.
Satu pendirian akan diterima pakai oleh kumpulan politik selepas sesi perbincangan dalam kumpulan tersebut. Tiada seorang pun Ahli Parlimen boleh dipaksa untuk mengundi mengikut cara tertentu.
Perbincangan di Parlimen
Parlimen Eropah membincangkan hal yang sangat berbeza dengan perbincangan di Parlimen Malaysia. Berdasarkan pengalaman aku mengenai perbincangan isu di Malaysia, ahli parlimen di Malaysia kelihatan jahil, tidak berpendidikan dan tidak beretika.
Dari segi ekonomi, Parlimen Eropah membincangkan hal seperti berikut:
- Ekonomi dan Bajet
- Sistem Ekonomi Lingkaran
- Makanan dan Pertanian
Parlimen Eropah juga turut menitik beratkan hak asasi manusia dalam perbincangan keutamaan dan dasar mereka yang mana mereka membincangkan mengenai hal berikut:
- Hadiah Sakhariv
- Hak Pengguna
- Kesaksamaan Gender
- Kesihatan
- Pendidikan, Belia dan Kebudayaan
- Perlindungan Sosial
Mohon tambahan lanjut, terima kasih.