Kepelbagaian Huruf Greek

Pada awalnya, huruf Greek ditulis dari kanan ke kiri, sama seperti bahasa Phoenicia. Namun, selepas abad ke-6 SM, ia mula ditulis dari kiri ke kanan.

Terdapat beberapa perbezaan dalam huruf bahasa Greek di pelbagai bahagian dalam dunia Greek. Beberapa lama kemudian, semua orang Greek mula menggunakan huruf yang sama, terutamanya sepeas huruf Miletus Yunani diterima pakai secara rasmi di Athens pada tahun 403 SM. Selepas itu, seluruh Greece berbuat demikian juga. Menjelang tahun 350 SM, semasa hayat Iskandar Agung, hampir keseluruhan orang Greek menggunakan kesemua 24 huruf Greek yang sama dan selaras.

Kemudian, Aristophanes dari Byzantium (c. 257 - 185 SM), seorang cendekiawan Greek dan ahli tatabahasa mencipta tiga titik sebagai tanda tekanan pada huruf iaitu naik, turun, dan naik turun bagi menandakan nada atau jurusan bunyi perkatan dalam bahasa Greek.

Walaupun huruf Yunani mewkili semua bunyi utama dalam bahasa Greek dengan tepat pada awalnya, namun bunyi bahasa Greek juga mewakili perubahan mengikut peredaran zaman. Sesetengah bunyi vokalnya muka menjadi sama dengan yang lain, bunyi letusan angin tanpa bunyi di bibir menjadi geseran angin pada belakang gigi hadapan, dan bunyi terhenti menjadi bunyi geseran. Seseorang itu boleh membayangkan bagaimana sebutan bahasa Greek yang lebih lama berbunyi dengan hanya melihat kepada ejaan perkataan pinjaman bahasa Greek dalam bahasa Inggeris atau bahasa Latin seperti "philosopher", "Chimera", "Cyprus" atau "Thessalonica".