Hubungan Luar Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah (EU) mempunyai dasar luar dan keselamatan bersama yang dikenali sebagai EU's Joint Foreign and Security Policy dalam bahasa Inggeris. Dasar ini digubal bagi menyelesaikan konflik pertelingkahan dan memperkukuh kefahaman antarabangsa dengan berdasarkan kepada diplomasi serta kehormatan kepada peraturan antarabangsa. Perdagangan, bantuan kemanusiaan dan kerjasama pembangunan juga memainkan peranan ytama dalam peranan EU di pentas antarabangsa.

Dasar Luar dan Keselamatan Eropah ini bermatlamatkan seperti berikut:

  • Mengekalkan keamanan
  • Memperkukuh keselamatan antarabangsa
  • Menggalakkan kerjasama antarabangsa
  • Memajukan dan mengukuhkan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan penghormatan kepada hak asasi manusia serta kebebasan asasi 
Ringkasan kepada Dasar Luar dan Keselamatan Eropah ini boleh diakses dalam laman EUR-Lex pada tajuk Foreign and Security Policy dalam bahasa Inggeris. Selain itu, ia boleh juga diakses dalam laman European Union di bawah tajuk European Foreign and Security Policy.

Selain itu, EU mengekalkan perkongsiannya dengan pemain peranan utama dunia yang lain termasuklah kuasa yang sedang naik serinya dan kumpulan serantau. EU ingin memastikan bahawa hubungan yang dibina itu didasarkan kepada faedah dan kebajikan bersama.

Dalam pada itu, EU tidak mempunyai angkatan tenteranya sendiri jadi ia bergantung kepada kententeraan ad hoc yang disumbangkan oleh negara anggotanya. EU boleh menghantar misi ke mana-mana kawasan bertelingkah di seluruh dunia bagi memantau, memelihara kedaulatan undang-undang dan keselamatan, mengambil bahagian dalam usaha memelihara keamanan atau menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada populasi yang terjejas akibat konflik. Hal ini boleh diakses dalam Foreign Policy, Partnership and Action atau Dasar Luar, Perkongsian dan Tindakan.

Perkhidmatan Tindakan Luar atau External Action Service (EEAS) bertindak sebagai agen diplomatik EU di luar rantau Eropah. Ia mempunyai jaringan di lebih 140 buah negara yang mana delegasi serta pejabatnya mempromosi serta melindungi nilai serta kebajikan EU di negara-negara tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila akses di EU Delegations and Offices in the World atau Delegasi dan Pejabat Eropah di Seluruh Dunia.

Dalam Dasar Luarnya, badan pembuatan keputusan tertinggi Eropah dikenali sebagai Majlis Eropah atau European Council yang mengandungi ketua negara dan kerajaan negara anggotanya. Kebanyakan keputusan mengenai dasar luar dan keselamatan ini memerlukan persetujuan dari semua negara anggota Eropah.