Manusia homo erectus telah pun berhijrah dari benua Afrika ke benua Eropah sebelum munculnya manusia homo sapiens atau manusia moden lagi. Manusia homo erectus georgicus, yang hidup kira-kira 1.8 juta tahun lalu di Georgia, setakat ini adalah merupakan hominid atau makhluk jenis manusia yang paling awal sekali ditemui di benua Eropah.
Kemunculan terawal manusia moden secara anatominya di Eropah ditarikhkan pada 45,000 SM, merujuk kepada manusia moden terawal Eropah. Sesetengah budaya anjakan yang dimajukan secara tempatan seperti di Uluzzia di Itali dan Greece, Altmuhlia di Jerman, Szeletian di Eropah Tengah dan Chatelperronia di Eropah Barat Daya jelas sekali menggunakan teknologi Paleolitik Tinggi pada abad awalnya.
Namun demikian, kemajuan yang didefinisikan dengan teknologi ini telah dibuat oleh budaya Aurignacia yang berasal dari Levant atau Ahmaria dan Hungary atau Aurignacia sepenuhnya yang terawal. Menjelang 35,000 SM, budaya Aurignacia dan teknologinya tersebar ke hampir seluruh benua Eropah. Neanderthal terakhir nampaknya telah pun dipaksa berundur ke separuh selatan Semenanjung Iberia. Sekitar 29,000 SM, budaya atau teknologi baru pula muncul di rantau barat benua Eropah iaitu budaya Gravettia. Budaya atau teknologi ini diteorikan berasal dari migrasi manusia dari rantau Balkan, sila rujuk Kozarnika untuk maklumat lanjut.
Sekitar 16,000 SM, benua Eropah menyaksikan kemunculan budaya baru yang dikenali sebagai budaya Magdalenia yang berkemungkinan berasal dari budaya Gravettia yang lebih tua. Seterusnya, budaya Magdalenia merangkumi rantau Solutrea dan Gravettia utamanya di rantau Perancis, Sepanyol, Jerman, Itali, Poland, Portugal dan Ukraine. Budaya Hamburg pula berkembang maju di Eropah Utara sekitar abad ke-14 dan abad ke-13 SM dengan nama budaya Creswellia. Budaya ini digelar juga sebagai budaya Magdalenia Lewat British bersempena dengan nama kepulauan British.
Sekitar 12,500 SM, zaman salutan air batu Wurm pun berakhir. Budaya Magdalenia bertahan sehinggalah sekitar 10,000 SM, apabila ia berubah dengan pantasnya menjadi dua budaya microlith iaitu budaya Azilia atau Federmesser di Sepanyol dan Selatan Perancis serta budaya Sauveterria di Selatan Perancis dan Tardenoisia di Eropah Tengah. Sementara itu, di Eropah Utara pula Kompleks Lyngby menggantikan budaya Hamburg dengan pengaruh dari kumpulan Federmesser.