Asas Undang-Undang Kesatuan Eropah

Perkara 2 dalam Perjanjian Kesatuan Eropah (EU) menyenaraikan nilai-nilai utama yang membentuk kesatuan itu iaitu penghormatan kepada maruah manusia, kebebasan, demokrasi, kesaksamaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia termasuklah hak orang tergolong dalam golongan minoriti.

Sebagai salah satu daripada nilai utama dan penekanan kepada semua nilai ini, maka undang-undang EU agak kritikal terhadap kaedah bagaimana ia dibentuk serta fungsinya. Nilai-nilai ini didasarkan kepada perlindungan hak asasi khususnya hak asasi manusia. Hak asasi, kebebasan dan prinsip termasuklah hak kepada kehidupan, larangan kepada perhambaan dan buruh paksa, hak kepada pendidikan, hak kepada permohonan suaka perlindungan, tiada diskriminasi, bantuan negara, hak mengundi, dan pergerakan dalam EU diperincikan dalam Charter of Fundamental Rights of the European Union atau Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah.

Rujukan blleh dibuat dalam rencana "What is European law and how does it work?" nukilan David Diaz pada 20 September 2022 terbitan University of Sunderland, United Kingdom.